Khamis, 23 Januari 2014

Berubah menjadi lebih baik kerana Allah swt

Bismilahirahmanirahim
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Jangan pernah takut untuk berubah, berubahlah kerana Allah swt. Perubahan mestilah lebih baik daripada dulu. Walaupun banyak rintangan dan dugaan, jangan pernah sesekali putus asa kerana Allah sengaja turunkan ribut dan sembunyikan pelangi untuk menguji kita sama ada kita mampu menempuhnya dan meminta pertolongan darinya atau lari dari medan perang 'pengecut' untuk menghadapi segala susah payah. Bak kata peribahasa melayu, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang dikemudian hari ;) . Kalau nak berubah kita mestilah ;

1) Kuatkan hati dan berazam untuk menjadi yang lebih baik dari dulu

Bila sebut dan tekad nak berhijrah menjadi lebih baik, hati mesti kene kuat. Harus sedar diri betul2 nak berhijrah dan cubalah tanam dalam hati. ''Aku berhijrah untuk menjadi lebih baik kerana Allah swt dan untuk masa depan aku kerana semuanya bergantung kepada aku''. Segala amal bermula dari niat. Segala niat bermula dari hati. Kalau hati tak kuat, niat sekadar hangat2 tahi ayam, tempoh penghijrahan tu mungkin sekadar main celup2 jari kat air bertakung kat gayung. Hijrah kerana Allah.


2) Doa senjata mukmin

Doa itu SENJATA. Masa sedih kita doa minta kekuatan, masa gembira kita berdoa jadi hamba  yang bersyukur. Firman Allah;
"Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam Keadaan hina dina".(Al-Mumin ayat 60). 
3) Sahabat yang soleh

Kalau kita salah pilih kawan mesti kita akan terpengaruh dengan gejala kurang sihat sebab kawan pengaruh yang paling berbahaya. Orang kata, 'bagaimana sahabat kita, macam tu lah kita'. Ibarat minyak wangi, kalau seorang memakainya semua desekelilingnya akan merasa tempias wangian itu sekali. Sahabat mencerminkan kita. Akhlak kita dipengaruhi oleh akhlak sahabat kita. Tidak perlulah mencari kawan yang sempurna dari luaran, cukuplah dengan hanya memiliki kawan yang baik akhlaknya dan mampu membimbing kita kejalan Allah. Jika kita ingin berhijrah, Allah akan mengirimkan hamba2 nya yang soleh untuk menemani kita dalam penghijrahan itu.


4) Memperbanyakkan membaca buku ilmiah

Ketika Rasulullah s.a.w menerima wahyu, Jibrail pernah berkata kepada Rasulullah saw ‘’bacalah..’’ Di awal penerimaan Islam, nabi sudah digalakkan membaca dan kita sebagai umatnya perlulah mencontohinya. Kita bukan saja boleh membaca buku , majalah dan sebagainya tetapi kita juga bole membaca dalam blog-blog .
5) Jangan terlalu berpegang dengan kata ‘’Aku taknak jadi jahil macam kawan2 aku..’’

Kalau benar pun kita nampak betapa teroknya cara hidup kawan kita nie, tak perlulah mengata ‘’kawan aku jahat, aku nak jadi baik’’. Allah mengalakkan kita pemimpim sahabat kita ke jalan yang lurus. Nasihatkan dia dan berikan sokongan dan dorongan

6) ISTIQAMAH

Istiqamah itu sangat penting , ramai juga yang tersungkur bertarbiyah lama, akhirnya menjadi futur. Berubah itu memang susah, tetapi Istiqamah itu lagi susah. Tapi pernahkan kita dengar Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis. Apa guna dapat syurga dengan senang lenang, kena ada sesuatu yg diusahakan untuk mndapat syurga itu.Bak kata org, mana ada benda free dtg bergolek bro :D

Berubahlah demi kebaikan diri sendiri. Kerana orang yang tidak takut berubah ini orang yang cerdik sebenarnya ;)



Name:
Email Address:

Form provided by Freedback.
 

Pink Transparent Star