Isnin, 5 Oktober 2015

When you grown-up chapter1


Assalamualaikum,

      Semakin kita kenal dunia, semakin kita kenal rasa sakit. Bukan sakit je, tapi kecewa, frust, tension, down dan banyak lagi. Dulu dulu fikiran masih tak masak lagi, kau buatlah apa yang kau suka, orang tak hairan lah tapi bila dah besar, kau kene jaga tingkahlaku kau. Sikit je salah kau, kau kene tengking, marah dan ada je orang tak puas hati dengan kau. Dunia ni tak kejam dik, manusia je yang buat dunia ni kejam. Manusia lah yang selalu buat masalah, ada je yang tak kene di mata mereka.

    Dulu-dulu tak hairanlah kau banyak kawan, gaduh sikit cakap "takmau kawan.." pastu tak smpai sehari dua dah baik sebab wktu tu kau mesti kene cuci otak dengan perkataan ini "takmau kwn sudah, tuhan marah dosaa.." hahaha. Funny di situ, bebudakkan right? . Tapi bila kau dah besar, ada je yang tengok kau semacam pastu takmau rapat dengan kau hahaha kawan kau makin lama, makin sikit. Aku pun taktahu kenapa tapi hm rasa sepi je wktu tu, kau kene pndai jaga diri. Jangan lah pilih kawan yang bawa ke jahanam, sekarang ni ramai kawan yang jahanam. Fikir pasal LIFE kau, masa depan kau di tangan kau.

   Hm kalau dulu kau ada BEST FRIEND FOR FEVER, besar nanti mesti kau susah nak cari penganti dia kan, nak2 yang 2 tahun lebih berkawan , satu kepala pulak pastu selalu berkepit 24 jam, gelak sesama dan sedih sama-sama. hm bila kau kene berpisah dengan dia kerana nak sambung pengajian, mesti sedih sangat waktu tu. Tengok-tengok kau lost contact dengan dia, dia dengan hal dia dan kau dengan hal kau. Bila nak jumpa balik, kau rasa AWKWARD kan huhuhu . Deep di situ.

 

Khamis, 23 Januari 2014

Berubah menjadi lebih baik kerana Allah swt

Bismilahirahmanirahim
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Jangan pernah takut untuk berubah, berubahlah kerana Allah swt. Perubahan mestilah lebih baik daripada dulu. Walaupun banyak rintangan dan dugaan, jangan pernah sesekali putus asa kerana Allah sengaja turunkan ribut dan sembunyikan pelangi untuk menguji kita sama ada kita mampu menempuhnya dan meminta pertolongan darinya atau lari dari medan perang 'pengecut' untuk menghadapi segala susah payah. Bak kata peribahasa melayu, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang dikemudian hari ;) . Kalau nak berubah kita mestilah ;

1) Kuatkan hati dan berazam untuk menjadi yang lebih baik dari dulu

Bila sebut dan tekad nak berhijrah menjadi lebih baik, hati mesti kene kuat. Harus sedar diri betul2 nak berhijrah dan cubalah tanam dalam hati. ''Aku berhijrah untuk menjadi lebih baik kerana Allah swt dan untuk masa depan aku kerana semuanya bergantung kepada aku''. Segala amal bermula dari niat. Segala niat bermula dari hati. Kalau hati tak kuat, niat sekadar hangat2 tahi ayam, tempoh penghijrahan tu mungkin sekadar main celup2 jari kat air bertakung kat gayung. Hijrah kerana Allah.


2) Doa senjata mukmin

Doa itu SENJATA. Masa sedih kita doa minta kekuatan, masa gembira kita berdoa jadi hamba  yang bersyukur. Firman Allah;
"Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam Keadaan hina dina".(Al-Mumin ayat 60). 
3) Sahabat yang soleh

Kalau kita salah pilih kawan mesti kita akan terpengaruh dengan gejala kurang sihat sebab kawan pengaruh yang paling berbahaya. Orang kata, 'bagaimana sahabat kita, macam tu lah kita'. Ibarat minyak wangi, kalau seorang memakainya semua desekelilingnya akan merasa tempias wangian itu sekali. Sahabat mencerminkan kita. Akhlak kita dipengaruhi oleh akhlak sahabat kita. Tidak perlulah mencari kawan yang sempurna dari luaran, cukuplah dengan hanya memiliki kawan yang baik akhlaknya dan mampu membimbing kita kejalan Allah. Jika kita ingin berhijrah, Allah akan mengirimkan hamba2 nya yang soleh untuk menemani kita dalam penghijrahan itu.


4) Memperbanyakkan membaca buku ilmiah

Ketika Rasulullah s.a.w menerima wahyu, Jibrail pernah berkata kepada Rasulullah saw ‘’bacalah..’’ Di awal penerimaan Islam, nabi sudah digalakkan membaca dan kita sebagai umatnya perlulah mencontohinya. Kita bukan saja boleh membaca buku , majalah dan sebagainya tetapi kita juga bole membaca dalam blog-blog .
5) Jangan terlalu berpegang dengan kata ‘’Aku taknak jadi jahil macam kawan2 aku..’’

Kalau benar pun kita nampak betapa teroknya cara hidup kawan kita nie, tak perlulah mengata ‘’kawan aku jahat, aku nak jadi baik’’. Allah mengalakkan kita pemimpim sahabat kita ke jalan yang lurus. Nasihatkan dia dan berikan sokongan dan dorongan

6) ISTIQAMAH

Istiqamah itu sangat penting , ramai juga yang tersungkur bertarbiyah lama, akhirnya menjadi futur. Berubah itu memang susah, tetapi Istiqamah itu lagi susah. Tapi pernahkan kita dengar Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis. Apa guna dapat syurga dengan senang lenang, kena ada sesuatu yg diusahakan untuk mndapat syurga itu.Bak kata org, mana ada benda free dtg bergolek bro :D

Berubahlah demi kebaikan diri sendiri. Kerana orang yang tidak takut berubah ini orang yang cerdik sebenarnya ;)



Selasa, 24 Disember 2013

Mengejar benda yang tak pasti ..



Bismilahirahmanirahim
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Perit , sakit , rindu dan seksa . Semua bercampur , kenapa ? Kenapa menunggu benda yang sememangnya tak akan dapat ? Kenapa mengejar benda yang tak pasti ? Kenapa ? Adakah ini ujian dari Allah ? Atau aku memang tak layak mendapatkannya ? Mendapatkan KEBAHAGIAAN .. Semua orang nak bahagia , gembira dan tersenyum sambil ketawa :'D . Aku pun nak , nak sangat . Hm mungkin permintaan aku terlalu mendesak atau lambat lagi ia datang atau tak mungkin datang . Astagfirullah . Aku pasrah dan redha kepada-Nya jika ia takdir . Biarlah begitu , mungkin ini yang terbaik . Ya Allah bantulah hamba-Mu ini , tabahkanlah hatiku ini dan lapangkan dadaku ini . Lupakan benda yang membuat aku leka ya Allah . Sesungguhnya aku tak mampu mengawal perasaan ini , perasaan rindu . Rindu yang teramat , Sakit sangat bila ia datang . Jika aku mampu meluahkannya pasti peritnya berkurangan tapi tak mungkin aku dapat meluahkannya . Tak mungkin . Mustahil . Astagfirullah . 

Pernahkah dia merasa sakitnya merindui seseorang? Dan apa yang harus dia lakukan? Sama seperti aku? Berdiam diri ? Menunggu seseorang itu hingga muncul ? Hm . Kejamnya .


Aku harap kau akan sentiasa BAHAGIA sebab aku BAHAGIA bila melihat kau BAHAGIA . Aku bahagia . Aku mampu sebab aku okay , aku kuat . Terima kasih atas segalanya . Sayang aku tak pernah kurang dan janji dulu tetap hidup . Aku sentiasa di hati kau . Jumpa dengan aku kalau kau rasa susah sebab aku sentiasa disisi kau . Sentiasa . Tak akan pernah aku membenci diri kau sebab kau telah memberi aku merasai kebahagiaan walaupun seketika . Terima kasih sekali lagi .

Aku sayang kau kerana hati dan kebaikan kau . I miss everything about you . I will waiting you until you come back . Im soryy if I sick your heart . Take care , dear .


Name:
Email Address:

Form provided by Freedback.
 

Pink Transparent Star